Sunday, 21 October 2018

PERBEZAAN OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

Perbezaan otak kanan dan otak kiri . Otak dibahagikan menjadi dua bahagian iaitu kiri dan kanan . Setiap belahan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri akan tetapi ia boleh menjadi pelengkap antara satu sama lain . 

Seperti yang anda ketahui , otak juga sering diumpakan dengan komputer . Jika komputer mempunyai RIM yang besar untuk menyimpan semua maklumat yang kita kehendaki . Begitu juga dengan otak manusia . Tapi otak manusia tak pakai RIM lah . 

Ini adalah perbezaan otak kanan dan otak kiri :


Kesimpulannya kita mestilah menjaga otak kita dengan sebaik mungkin kerana otak kita adalah segalanya untuk mengingati perkara yang baik baik . SEKIAN .

Saturday, 20 October 2018

KOLEJ KEUSAHAWANAN

KOLEJ KEUSAHAWANAN

Projek Keusahawanan Kolej UNITI telah dirangka pada tahun 2013 lagi oleh Presiden Kolej UNITI iaitu Dato' Jamal Mohd Amin sebagai persediaan untuk mencapai wawasan 2020 pada waktu itu. Impian nya dapat direalisasikan baru-baru ini. Projek keusahawanan ini menawarkan 6 sijil              keusahawanan kepada mahasiswa/mahasiswi Kolej UNITI.secara percuma.          

1.PROJEK CILI FERTIGASI                         



Kolej UNITI mempunyai ladang yang telah menjalankan projek cili fertigasi yang memuatkan 2300 pokok cili dengan bantuan oleh uniti.Asia. Ladang ini juga memberi peluang pekerjaan kepada penuntut kolej UNITI sendiri. Para pelajar boleh bekerja di ladang ini dengan bayaran agak lumayan iaitu Rm5 untuk tempoh satu jam bekerja. Para pelajar juga dapat menambah ilmu Dan pengalaman bekerja.


Gambar contoh ladang cili fertigasi di Kolej UNITI. Yang menariknya tentang ladang ini ialah apabila hasil daripada cili ini akan dijual dan hasil jualan itu akan dijadikan duit untuk membayar gaji kepada pelajar yang telah bekerja.Kebaikan kewujudan ladang ini ialah pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

2. UNITI BRICK 


Kaedah-kaedah batu bata interlok bagi memberi kemudahan penginapan untuk mahasiswa/mahasiswi di Kolej UNITI. Pembuatan batu bata dari teknologi Jerman sebagai jurubina masa hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI En. Amir Hamzah Md Isa berkata bahawa sebuah banglo boleh menempatkan 15 ke 20 orang pelajar. Bermakna jika 20 unit banglo boleh menempatkan 300 ke 500 orang pelajar.

3.ARTERA & ARTERA TODS , ARTER BUSY BOOK

Artera sejenis permainan yang diciptakan untuk kanak-kanak berusia 4-6 tahun untuk mengasah kreativiti mereka.Dengan menggunakan kemahiran berfikir kita dapat melahirkan arkitek &jurutera cilik .Aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan menekankan aspek kreativiti.

4.LADANG KOLEJ UNITI

    

 Ladang seluas ini dapat menghasilkan tanaman seperti jambu batu , kacang panjang , jagung , labu , ubi kayu dan sebagainya. Seperti Fertegasi cili yang ditubuhkan , ladang kolej uniti juga menyediakan peluang untuk mahasiswa/mahasiswi untuk mencari duit poket sepanjang tempoh pengajian mereka di kolej Uniti.

Sekian daripada saya.





SANGGUP KAU LUPAKAN AKU

Dulu aku sering digunakan dan sentiasa berada dibait bait bibir manusia . Aku bangga sebab aku dihargai dan makin ramai yang kenal aku . Aku juga selalu menjadi perantaraan antara 2 atau lebih pihak supaya tidak ada yang sakit hati , kira aku macam menapis ayat yang manusia gunakan . Kalau yang tengah bercinta , aku jadi pemikat 2 hati yang sedang berbunga cinta cehh wah . 

Tapi itu semua pada era zaman dulu , sekarang aku makin dilupakan . Tidak percaya ? Cuba tanya anak muda yang lain tahu tak apa itu " PANTUN " . Oh yaa " PANTUN " itu aku . Tak perlu fikir jauh , tanya diri sendiri tahu ke " PANTUN " itu apa ? Mesti tidakkan . Kalau ada yang tahu pun mesti dari buku komsas sekolah menengah dulu . 

Beginilah , aku nak bagitahu betapa pentingnya aku pada masyarakat , aku merupakan alat penghibur . Aku selalu dilagukan dan dinyanyikan itu tujuan bergurau senda , bermain main untuk asah minda dan juga usik mengusik dikala sepi 

Itu sahaja lah , aku berharap anak muda zaman sekarang dan akan datang juga dapat mengenal aku dan hargai aku yang merupakan tradisi zaman dulu . Selagi masih ada aku dalam jiwa kesenian melayu selagi itu aku akan bertahan dari ditelan zaman . Sanggup Kau Lupakan Aku !
  Aku menjadi pelengkap dalam sesebuah ucapan rasmi atau pun tidak rasmi . Tanpa aku ada dalam ucapan itu , ia umpaan ada kekosoangan dan serba tidak lengkap . Contoh aku dalam ucapan seperti ini :
  Kalau ada sumur di ladang,
       Boleh kita menumpang mandi;
     Kalau ada umur panjang,
       Boleh kita berjumpa lagi.

Itu sahaja lah , aku berharap anak muda zaman sekarang dan akan datang juga dapat mengenal aku dan hargai aku yang merupakan tradisi zaman dulu . Selagi masih ada aku dalam jiwa kesenian melayu dalam diri manusia yang berjiwa besar selagi itu aku akan bertahan dari ditelan zaman . Sanggup Kau Lupakan Aku !