Saturday, 20 October 2018

KOLEJ KEUSAHAWANAN

KOLEJ KEUSAHAWANAN

Projek Keusahawanan Kolej UNITI telah dirangka pada tahun 2013 lagi oleh Presiden Kolej UNITI iaitu Dato' Jamal Mohd Amin sebagai persediaan untuk mencapai wawasan 2020 pada waktu itu. Impian nya dapat direalisasikan baru-baru ini. Projek keusahawanan ini menawarkan 6 sijil              keusahawanan kepada mahasiswa/mahasiswi Kolej UNITI.secara percuma.          

1.PROJEK CILI FERTIGASI                         



Kolej UNITI mempunyai ladang yang telah menjalankan projek cili fertigasi yang memuatkan 2300 pokok cili dengan bantuan oleh uniti.Asia. Ladang ini juga memberi peluang pekerjaan kepada penuntut kolej UNITI sendiri. Para pelajar boleh bekerja di ladang ini dengan bayaran agak lumayan iaitu Rm5 untuk tempoh satu jam bekerja. Para pelajar juga dapat menambah ilmu Dan pengalaman bekerja.


Gambar contoh ladang cili fertigasi di Kolej UNITI. Yang menariknya tentang ladang ini ialah apabila hasil daripada cili ini akan dijual dan hasil jualan itu akan dijadikan duit untuk membayar gaji kepada pelajar yang telah bekerja.Kebaikan kewujudan ladang ini ialah pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

2. UNITI BRICK 


Kaedah-kaedah batu bata interlok bagi memberi kemudahan penginapan untuk mahasiswa/mahasiswi di Kolej UNITI. Pembuatan batu bata dari teknologi Jerman sebagai jurubina masa hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI En. Amir Hamzah Md Isa berkata bahawa sebuah banglo boleh menempatkan 15 ke 20 orang pelajar. Bermakna jika 20 unit banglo boleh menempatkan 300 ke 500 orang pelajar.

3.ARTERA & ARTERA TODS , ARTER BUSY BOOK

Artera sejenis permainan yang diciptakan untuk kanak-kanak berusia 4-6 tahun untuk mengasah kreativiti mereka.Dengan menggunakan kemahiran berfikir kita dapat melahirkan arkitek &jurutera cilik .Aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan menekankan aspek kreativiti.

4.LADANG KOLEJ UNITI

    

 Ladang seluas ini dapat menghasilkan tanaman seperti jambu batu , kacang panjang , jagung , labu , ubi kayu dan sebagainya. Seperti Fertegasi cili yang ditubuhkan , ladang kolej uniti juga menyediakan peluang untuk mahasiswa/mahasiswi untuk mencari duit poket sepanjang tempoh pengajian mereka di kolej Uniti.

Sekian daripada saya.





1 comment: